Sistem Kedai Online Niagakit

Jumaat, 11 Disember 2009

Buat duit dengan mudah.my

Salam sejahtera kepada semua pelawat Free-Online-Money.com. Hari ini, saya nak berkongsi sedikit cerita dari laman web yang baru saya jumpa tadi, Hassaidi DOT Com.. Ini adalah berkaitan dengan pengalaman dan bagaimana untuk kita memperoleh duit dengan mengiklankan sesuatu produk kita secara PERCUMA di Mudah.my lantas kita mendapat wang dengan segera.

Ikuti kisah benar dibawah, dan bertindak segera!
_____________________________________________________________________

Jika ada yang masih belum tahu apa itu mudah.my, mudah.my ni adalah sejenis website jual beli lebih kurang sama seperti lelong.com.my dan juga ebay.. Jadi disini, kita mempunyai potensi yang besar untuk menjana pendapatan online dengan menjual barang2 di mudah.my..

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri telah pun mencuba menjual barang di mudah.my.. dan saya mendapat untung bersih RM250 daripada modal saya. Lumayan bukan??? RM250 nuntuk 1 barang dan saya berjaya menjualnya dalam masa 2 hari sahaja. Cuba anda bayangkan jika anda mempunyai 10 barang seperti ini untuk dijual.. Bukankah keuntungan anda menjadi RM2500..

Hasil duit online dari mudah.my

Barang yang saya jual ialah alto saxophone yang baru sahaja saya beli bulan lepas.. Saya jual balik sebab malas la nak main dah.. dah xreti sebab lama tinggal.. Saya beli saxophone tu 2nd hand dan berharga RM600..So, macammana saya boleh dapat saxophone tu dengan harga RM600 sahaja?? Saya beli saxophone tu dekat mudah.my jugak.. :P hak3..

Mula2, penjual tersebut meletakkan harga RM900 di mudah.my.. Selepas itu saya menelefon dan bertawar harga dengan beliau dan dia bersetuju mengurangkan harga menjadi RM700.. he3.. saya dah rasa best sebab kalau tengok kat gambar, saxophone tu memang cantik lagi dan nampak macam baru..

Lepas tu saya pun jumpe la dia sebab nak tengok keadaan saxophone tu,, elok atau x.. masa jumpe tu saya tengok saophone tu memang nampak macam baru.. calar memang sedikit dan tiada kesan lekuk.. Tetapi ade sedikit kerosakan pada tune saxophone tersebut dan byk skru yang sudah jammed kerana xpernah letak “key oil”..

Pastu saya negotiate lagi ngan dye cakap byk key yang dah jammed dan tune dah lari.. sebab kalau nak antar kedai p servis memang plg sikit RM100 saya cakap kat dye… So, dye kasi kurang lagi RM100.. bermakna saya beli RM600..

Pastu saya bawa balik ke rumah… sebelum saya jual saya repair saxophone tu dulu.. Tapi saya x hantar kedai sebab nnti keuntungan saya jadi sikit.. so, saya repair sendiri.. He3,, senang je sebenarnya kalau nak tune ngan servis skru saxophone ni..



Pastu saya jual balik di mudah.my dan saya letak harga RM1100.. 1 hari lepas tu(semalam) , saya menerima panggilan telefon cakap die berminat nak beli saxophone tu..deal punya deal saya jual dengan harga RM850..

Dan petang tadi, saya berjumpa dgn buyer ni… Dye tengok memang cantik saxophone ni dan dye try tiup tgk tune betul.. Dye memang xcakap byk.. Terus sapu soxophone ni. dan saya dapat keuntungan RM250..

Ok, di sini kita boleh lihat..Kalau kita beli barang yang rosak dan repair sendiri, peluang kita untuk memaksimakan pendapatan lagi tinggi.. Contoh paling senang kalau anda seorang yang pandai repair motor atau kereta.. Cari motor atau kereta yang rosak tapi boleh masih boleh di repair… Kita beli, repair dan jual balik..

Tapi jika anda tidak mahir repair apa2 barang, anda masih boleh lagi mendapatkan wang dengan mudah.my, tetapi keuntungan nya xsebanyak anda repair sendiri..

Dan tadi saya ada beli satu lagi Arnab dari baka Anggora..(arnab bulu kembang) memang comey.. Harga market RM200-300 untuk seekor.. Tapi tengah hari tadi saya dapat dengan harga RM40 sahaja.. Saya beli dekat sungai buluh. Jika anda perasan, arnab jenis anggora ni ada orang jual dekat mudah.my.. dan harga nya dalam RM120-200..

Misal kata saya jual arnab ni dengan harga RM100.. Saya sudah mendapat RM60 keuntungan.. mudah bukan… So, sekarang ni jgn tunggu lagi.. jom ramai2 kita buat duit dengan mudah.my